Tuesday, 5 July 2011

KALAU NAIK KERETA TU INGAT YE!!!!!

5 perkara yang jangan dilakukan bila menaiki kenderaan sendiri atau kenderaan orang lain.

1. Pijak seat kereta.
Jangan sesekali pijak seat kereta terutama kereta orang lain sebab kalau kereta sendiri confirm tak buat macam tu punya kan. Bayangkan dia jaga seat tu tak nak bagi kotor yela tempat duduk mesti nak bersih tambah-tambah fabrik sebab susah nak cuci tiba-tiba ada pulak yang pakai kasut dengan selamba meletak kaki atas seat. Kalau kasut tu bersih suci tak kotor seperti yang kita semua sedia maklum takpe juga. Tuan punya kereta mungkin senyum buat tak nampak je sebab nanti kalau tegur kecik hati pulak so elakkan ye.

2. Letak kaki merata-rata.
Dengan suka-sukinya meletak kaki atas dashboard. Penumpang belakang pulak letak kaki atas arm rest. Kalau tak pakai kasut ok lagi, ni dengan kasut-kasut sekali. Letak jela kaki kat bawah tak boleh ke?

3. Buang sampah dalam kereta.
Perhatian ye kereta bukanlah tong sampah selagi tiada sticker di pintu atau sebagai dengannya bertulis "Ini Tong Sampah Bergerak". Kemana sampah-sampah tu tuan-tuan dan puan-puan? Ke sungeiii!!

4. Merokok dalam kereta.
Kalau merokok dalam kereta benda yang paling bahaya ialah api rokok. Kalau api rokok terjatuh dalam kereta habis berlubang seat macam mana? Ada ke yang nak ganti seat baru? Kalau nasib tak baik boleh jadi bbq. Jadi berhati-hati atau jangan merokok langsung dalam kereta.

5. Makan dan minum dalam kereta.
Jangan makan dan minum dalam kereta nanti lama kelamaan entah dari mana muncul la lipas, biawak, unta, tikus yang akan menjadi penghuni kereta.








SEBELUM NAK BELI BLACKBERRY MARI BACA NI!!!!



Memandangkan Blackberry tengah hot seperti ayam uncle bob jadi banyaklah penipuan dilakukan untuk mendapat keuntungan. Aku sebagai pengguna BB rasa bertanggungjawab untuk kongsi tips bersama anda semua supaya tidak ditipu. Kurang pengetahuan tentang Blackberry bagi mereka yang baru pertama kali nak beli Blackberry adalah golongan yang paling banyak ditipu oleh cina-cina sungai wang dan low yat.

1. Jangan sesekali beli Blackberry AP set.
Penjual-penjual Blackberry ni dengan mulut manis selalunya akan cadangkan kita membeli Blackberry AP set sebab mereka untung besar. Mereka akan yakinkan kita dengan membandingkan antara AP set dan Brightstar tiada beza kecuali warranty sahaja lain sambil cuba meyakinkan lagi dengan mengatakan Blackberry AP set ini adalah Blackberry baru dan harga AP set lebih murah dari Blackberry Brightstar dalam RM50-200. PERHATIAN kepada anda semua jangan sesekali terpedaya dengan cakap-cakap penjual, Blackberry AP set terlalu banyak bezanya dengan Blackberry Brightstar. Untuk pengetahuan anda semua Blackberry AP set adalah Blackberry terpakai yang dibeli dari luar negara atau dalam negara (dah macam harta Ismed Ulam Raja) dan digantikan dengan cover baru sebelum dijual semula dengan kotak, nombor siri yang sama ditampal pada kotak dan lengkap segala aksesori pada harga baru. Mungkin anda akan rasa untung kerana dapat berjimat dalam RM50-200 jika membeli AP set tapi sebenarnya anda dah rugi beribu ringgit.

2. Blackberry AP set menggunakan barangan tiruan.
Jika anda membeli Blackberry AP set segalanya adalah barangan tiruan seperti cover tiruan, qwerty keyboard tiruan, trackpad tiruan, charger tiruan, bateri tiruan, earphone tiruan dan telefon pula sudah digunakan mungkin ada beberapa kerosakan sama ada sudah dibaiki dengan komponen tiruan atau tidak dibaiki langsung. Segala barang-barang ini cepat rosak dan tak sama kualiti seperti yang original. Jika dikira setiap barangan tiruan ini anda hendak gantikan dengan membeli barangan original secara berasingan sudah pasti boleh mencecah ribuan ringgit. Puaskah hati anda jika ditipu membeli telefon terpakai yang menggunakan barang-barang tiruan dengan harga baru?
Perbezaan wayar dan print pada charger tiruan AP set (kiri) dan original Brightstar (kanan)


3. Brightstar Pilihan Yang Tepat
Brighstar adalah pengedar sah Blackberry di Malaysia. Segala aksesori adalah original dan telefon belum digunakan lagi bermakna anda adalah pemilik yang pertama. Walaupun harga mahal sedikit tetapi terjamin 100% baru dan original. Selain itu anda boleh membeli BlackBerry daripada Celcom atau Digi.

4. Jangan Bayar Dahulu
Semasa hendak membeli penjual selalunya meminta bayaran dahulu sebelum mereka mengambil telefon di tempat lain jadi aku nasihatkan selagi telefon tiada depan mata jangan bayar walaupun sesen kerana anda tidak dapat nak periksa untuk pastikan apakah keadaan telefon itu. Sudah bayar jangan harap nak dapat duit balik, yang anda akan dapat cuma alasan bodoh dari mereka saja. Ingat COD ok.

5. Periksa Buyer's Remorse Untuk Pastikan Itu Blackberry Baru Yang Belum Di Gunakan Lagi
Cara-cara untuk periksa bagi OS5 pergi ke Option > Status
Cara untuk periksa bagi OS6 pergi ke Option > Device> Device & Status Information.
Dekat sini memang tak ada tunjuk data usage dan voice usage jadi sila taip BUYR dan segalanya akan terpamir. Tekan satu-satu B U Y R tak perlu tekan serentak huruf-huruf tu.
Paparan untuk OS5 telefon masih belum digunakan lagi data usage dan voice usage masih kosong

Data Usage dan Voice Usage yang sudah digunakan bermakna itu bukan telefon baru

Paparan untuk OS6 

Ok itu saja tips-tips yang paling penting sekali untuk anda semua. Sebenarnya banyak lagi perbezaan yang boleh aku tunjuk antara AP dan Brightstar tapi aku tak larat nak buat tu semua. Ingat pesan aku kalau nak selamat jangan la beli AP set. Aku sekadar berkongsi apa yang aku tahu untuk sama-sama tidak ditipu. Nak beli barang ribu-ribu kenalah hati-hati, duit bukan senang nak cari. Jika anda baru membeli dan berasa tertipu anda bolehlah membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menuntut ganti rugi jika boleh.

p/s: Tak semua penjual penipu ye....haha..Bijak membeli menang memakai. Tgk kocek sendiri je la, kalo mampu beli!!!!

Tuesday, 21 June 2011

SOS TaBASCO Adalah haram...


JAKIM mengesahkan produk HP sauce dan Tabasco pepper sauce mengandungi DNA “BABI HIDUNG TERDONGAK” atau nama saintifiknya babi NAJIS mughalazah. dengan itu, secara tidak langsung produk ini disahkan haram!

Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Sazali Harun, meminta pemegang dan pemohon sijil Halal yang menggunakan produk tersebut untuk melakukan proses samak dan mengemukan bukti kepada JAKIM.

Pihak terbabit juga diminta menggantikan penggunaan produk berkenaan dengan produk lain yang mempunyai perakuan sijil Halal.




SpOil betulla...cuba bayangkan dah berapa ramai orang Islam makan Pizza guna SOS pencicah ni... memang MANGKUK hayon... main2kan orang Islam nampaknya puak KAFIRUN ni...jadi pada sesiapa yang dah TERTELAN@MENCEKIK sos ni tawakkal ajalah...nak buat macam mana dah terjadi~~~~ ANEH!!!!

Sunday, 19 June 2011

LAYANZZZZZZZ

MATI ITU PASTI

TANDA 100 HARI
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


TANDA 40 HARI


Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sumbangan: Hamba Allah dan dipetik dari buku – 100 Hari Menjelang Mati

About Me

My photo
Dalam lidah ada kata, dalam kata ada bahasa,dalam bahasa ada makna,dalam makna ada rasa,dalam rasa ada bahagia juga derita.