Tuesday 11 April 2017

PULAU KETAM... APA YANG MENARIK?

Apa? PULAU KETAM? kat mana tu? sememangnya mesti orang ramai tertanya tanya dimanakah terletaknya pulau ni. Untuk lebih lanjut ikuti pengalaman saya yang telah hampir 2 tahun bertugas di sini. Pulau Ketam terletak di daerah Klang Selangor. Kedudukannya yang jauh dari bandar. Untuk sampai ke sini perlu menaiki Feri atau bot laju. Jarak masa diambil lebih kurang 30 minit dari Jeti Pelabuhan Klang menuju ke Jeti Pulau Ketam.
Penduduknya majoriti berbangsa Cina. Selain terdapat kaum melayu serta Orang Asli.
Read more...

Friday 11 March 2016

AKU DI PULAU KETAM.

Sungguh selama ini aku tak tau dan tak ambil pusing pun tentang tempat ni. Ha? Pulau Ketam? itulah reaksi spontan aku paculkan tatkala mendapat surat perpindahan. Perasaan tak dapat dibayangkan........ dalam hati tertanya-tanya kenapa AKU...KENAPA.....ohhhhh...

Redha dengan segala ketentuan aku melangkah longlai. persoalan demi persoalan membelenggu akal dan fikiran....tidak ku tahu jawapan....eh...tetiba lirik lagu pulak keluar. Jadi kak Ziana Zain. hihi...

Aku tekad. aku redah je lah. aku kena cari dan research sikit tentang tempat ni. Berbekalkan google.my. Nah...segala butiran terus terkeluar. ohhh..kini barulah aku tahu dan pasti di manakah tempat tersebut. 

Thursday 25 December 2014

SUNGGUHKU TERHARU

Hai semua... Assalamualaikum salam satu Malaysia. pejam celik..pejam celik dah nak berlalu 2014 ye. well banyak peristiwa telah berlaku sepanjang tahun 2014 ni bagi diri aku lah. Antaranya ......



Pemergian Ayah tercinta menghadap Ilahi. Tanggal 06/01/2014 (Isnin). Perginya secara mengejut tatkala waktu Zohor. Doktor mengklasifikasikan sebagai serangan jantung. Al-Fatihah.


Surau Kami dah siap. Alhamdulillah....Terima kasih pada yang menyumbang. Semoga diberkati kita semua. Amin.

Alhamdulillah dan terima kasih pada pihak yang memberi dan menilai. Semoga ianya menjadi pendorong dan semangat pada diriku untuk lebih maju dan hebat di masa-masa mendatang.


Sambutan Hari Guru 2014. Memang meriah.....

Alhamdulillah..Rumah yang ku beli dah siap. Masa untuk menghias.........

Banyak lagi sebenarnya peristiwa-peristiwa menarik. Tapi cukuplah ini je kot sebab ia antara gambar-gambar yang terkesan dihati.




Sunday 13 July 2014

SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera anda semua. Lama bebenor tak menjengah blog peribadi ni. Well..... seronok tak puasa? harini genaplah 17 hari kita berpuasa kan!...maknanya tinggal beberapa hari je lagi nak raya....yahoooo.... banyak dugaan yang harus kita tempuhi dibulan yang mulia ini ye. Menahan lapar dan dahaga...Menahan mulut dari mengumpat dan lain-lain.. Kena banyak sabarlah uall...... k Jom masak buat juadah berbuka jom....!!!!

Tuesday 2 October 2012

MARI-MARI RAMAI-RAMAI PAKAT MENDERMA DAN MENYUMBANG



JENIS JENIS SUMBANGAN
1. Saham Wakaf Pembinaan Surau (Madrasah Al-Ikhsan )
    bernilai RM100/1 Lot (1 k.p.s). 

2. Sumbangan derma (Wang Tunai / Keperluan surau).

3. Kupon derma bernilai RM1,  RM5, RM10,  RM50.

 KAEDAH PEMBAYARAN
  1. Tunai kepada J/K Pembinaan Surau SK Telok Gadong Klang.

  2. Cek atas nama J/K Pembinaan Surau SK Telok Gadong   Klang.

  3. Internet Banking/Deposit Tunai/ATM 

Nama Bank : HONG LEONG BANK  BERHAD
       No Akaun 12201007082

KETERANGAN LANJUT HUBUNGI

PENGERUSI :

En. Tarmiti B. Kasiron (019-2394577)

NAIB PENGERUSI 1

Tn. Hj Suhaini B. Hj Lasiman (019-7744343)

NAIB PENGERUSI 2

En. Mohamad Azman B. Abdullah (019-3392008)

BENDAHARI :

En. Arman B. Sharif (016-9398431)

SETIAUSAHA :

En. Mohd Yasri Bin Mohd Jani (012-2288526)






J/K PEMBINAAN SURAU SK TELOK GADONG KLANG

SEK KEB TELOK GADONG,

JALAN YADI,

41250 KLANG

SELANGOR DARUL EHSAN


GAMBARAN ILUSTRASI SURAU SK TELOK GADONG KLANG SELANGOR





TAPAK CADANGAN PEMBINAAN SURAU SK TELOK GADONG KLANG SELANGOR




Read more...
ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah lama sebenarnya saya tak menjengah dan mencoret-coret berpatah-patah kata ke blog ni. Al-maklumlah kesibukan melanda sejak kebelakangan ni. Katanyaaaaa!!!!!!...huhu Kekok sebenarnya bagaimana nak mulakan balik menulis di blog. Banyak dah lupa....... Kena bukak kitab dan menjelajah semula ni ke blog-blog yang ada di alam maya ni.... Saya belajar berblog pun dari blog-blog yang lain jugak. Mula-mula memang zero!!!! hasil belajar sikit-sikit akhirnya dapatlah membuatnya walaupun x secanggih blog-blog yang lain. Hehe


MOHON SUMBANGAN DARI RAKYAT MALAYSIA  DAN PIHAK YANG PERIHATIN.




   Al-kisah tempat kerja sekarang adalah di sekolah. Sekolah ni pula mengadakan projek Pembinaan Surau. Ni saya nak cerita sikit sejarah Sekolah ni....

   Nama Sekolah tersebut ialah Sek Keb Telok Gadong, iaitu adalah di antara sekolah yang tertua di Malaysia. Ia telah dibuka pada tahun 1897. Kini sekolah ini telah pun berusia 115 tahun. Sekolah ini ditubuhkan di sebuah bangunan hospital lama yang terletak di persimpangan Jalan Sungai Bertih dan Jalan Pelabuhan Klang.

    Pada masa pembukaan, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Melayu Telok Gadong. Nama ini diambil sempena nama tempat tersebut. Sekolah Melayu Telok Gadong tidak kekal di tapak bangunan hospital tersebut. Ia telah dipindahkan ke lokasi baru iaitu bangunan sekolah yang ada sekarang ini iaitu di Jalan Yadi pada 5 Disember 1964. Bangunan sekolah lama ini telah dirobohkan dan dibina jalan raya serta rumah. Pada tahun 1987, sekolah ini telah dijadikan dua buah sekolah dengan dua pentadbiran yang berasingan iaitu Sekolah Kebangsaan Telok Gadong dan Sekolah Kebangsaan Telok Gadong 2. 

     Pada tahun 1990  Sekolah Kebangsaan Telok Gadong 2 dipindahkan ke sekolah baru yang dibina bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Telok Gadong dan diberi nama Sekolah Kebangsaan Sungai Udang.

    Kini Sekolah Kebangsaan Telok Gadong menampung lebih dari 1500 murid, dibahagikan kepada sesi pagi dan petang. Memandangkan blok surau tiada dibina, maka pihak sekolah mencadangkan agar blok surau dibina untuk kemudahan warga Sekolah Kebangsaan Telok Gadong. 

BESARLAH HARAPAN PIHAK SEKOLAH JIKA SAUDARA DAN SAUDARI SUDI MENDERMA DAN MEMBERI  SEDIKIT SUMBANGAN BAGI MEREALISASIKAN HASRAT TERTUBUHNYA SEBUAH SURAU INI TERCAPAI KELAK...
     

 

Saturday 20 August 2011

NI LA ANTARA ISTIMEWANYA BULAN RAMADHAN

  • Kompom2 la puasa 30 hari kan? Sebab nak harapkan bulan lain puasa rajin macamni.. aku rasa tak dapek laaa!! Itu pon ada gak yang puasa setengah hari.. alasan menyusukan anak walhal lelaki !!
  • Time ni la orang ramai2 tengok kedatangan anak bulan..ye la nak tau bila puasa kan? Orang tengok pakai teropong khas, dia tengok pakai teropong biasa. Buat2 macam nampak jugak la.. Dia gebang pon orang bukan tau. Hehe
  • Malam sehari sebelum puasa, anak beranak, adik beradik, menantu biras, ipar duai semua pakat berkumpul depan tv dengar pengumuman puasa walaupun dorang tau keesokan harinya kompom2 puasa. Siap jerit gembira lagi tu..konon2nya gembira la. Puasa belum tentu lagi tu
  • Balik2 muka pakcik yang sama buat pengumuman puasa. Sekali sekala tukar la orang lain..sian pakcik tu nak pegi semayang terawih. Siap berbaju melayu bersampin bagai. Hehe
  • Sebelum azan maghrib kat tv, ada iklan2 berbuka puasa dulu. Kira bagi orang yang berpuasa get ready depan meja makan la.
  • Semua anak beranak pakat bukak tv nak dengar azan maghrib sedangkan sebelum ni maghrib pun tak tau masuk pukul berapa.
  • Solat terawih berjemaah. Perghh bab solat terawih yang sunat ni.. semangat dia lain macam. Sanggup putus kawan bila dapat tau kawan dia tak terawih berjemaah.. sedangkan solat fardhu dia sendiri lubang2
  • Lepas solat terawih..ada makan2 yang dipanggil moreh. Haa jamuan moreh disediakan mengikut jadual. Ada gak yang menyumbangkan makanan sendiri ataupun pakat sumbang ramai2.
  • Bazar Ramadhan pun timbul time puasa je. Aku belum lagi dengar nama bazar Syaaban atau bazar Zulkaedah. Dah tu pulak macam2 jenis kuih kita boleh jumpa, yang tak pernah kita jumpa kat pasar malam biasa.
  • Orang berjujuk beratur panjang ke masjid2, surau2 ataupun berjumpa terus dengan amil bertugas untuk bayar zakat fitrah. Alhamdulillah aku dah bayar. Korang sudah ke?
  • Di corong2 radio diputarkan lagu2 raya, kebanyakannya dimainkan selepas pertengahan bulan Ramadhan. Aku belum dengar lagi DJ2 radio memainkan lagu hari jadi atau lagu2 patriotik sempena bulan ni.
  • Seawal bulan puasa, orang sibuk nak cari baju melayu atau baju kurung. Bulan2 lain takde pulak orang cari. Dah tu tak cukup sepasang..harus ada 2-3 pasang buat stok. Baju tu nak pakai pegi sembahyang sunat Aidilfitri je pun.. itu pun kalau pergi. Yang tukang jahitnya..bulan pose la untuk dorang buat duit.. banyak terima tempahan baju raya.
  • Makcik Temah ngan Kak Peah sibuk keluar shopping cari bahan2 nak buat kuih raya. Tak cukup ngan tu, perabot, langsir, perhiasan kat rumah semua nak kena tukar baru. Katanya baru datang mood raya. Dorang tak tau terkemut2 suami dorang keluarkan duit dari mesin ATM
  • Pekerja swasta dan kerajaan pakat2 berkumpul tengok berita tiap malam.. kot2 la ada dengar pengumuman pemberian bonus sempena raya yang bakal tiba. Ringan sikit beban kan?
  • Bila start bulan Ramadhan, ha mula la timbul isu nak balik beraya kampung siapa. Uishh bertegang urat siang malam janji boleh balik kampung sendiri.
  • Tiap kali pegi bank atau membeli belah..akhir hujung transaksi ada tak korang tanya 'Err dik. Ada sampul duit raya free tak?' Ngeh3
  • Masing2 sibuk nak pasang lampu lip lap. Tak cukup ngan tu..berderet pelita keliling umah. Tu kalau semak samun tinggi pinggang, leh terbakar sama tu..ngan rumah2 korang sekali terbakar.
  • Kat dada2 akhbar ada je kes yang melibatkan kecederaan akibat mercun buatan. Bulan2 lain dorang takde pulak nak main mercun? Nape nak main mercun ea?
  • Time cenggini la student2 di perantauan buat ucapan dalam akhbar, tak dapat balik beraya la, ai seronot je aku nengok .Aku pon nak buat gak la..

About Me

My photo
Dalam lidah ada kata, dalam kata ada bahasa,dalam bahasa ada makna,dalam makna ada rasa,dalam rasa ada bahagia juga derita.