Tuesday 2 October 2012

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah lama sebenarnya saya tak menjengah dan mencoret-coret berpatah-patah kata ke blog ni. Al-maklumlah kesibukan melanda sejak kebelakangan ni. Katanyaaaaa!!!!!!...huhu Kekok sebenarnya bagaimana nak mulakan balik menulis di blog. Banyak dah lupa....... Kena bukak kitab dan menjelajah semula ni ke blog-blog yang ada di alam maya ni.... Saya belajar berblog pun dari blog-blog yang lain jugak. Mula-mula memang zero!!!! hasil belajar sikit-sikit akhirnya dapatlah membuatnya walaupun x secanggih blog-blog yang lain. Hehe


MOHON SUMBANGAN DARI RAKYAT MALAYSIA  DAN PIHAK YANG PERIHATIN.




   Al-kisah tempat kerja sekarang adalah di sekolah. Sekolah ni pula mengadakan projek Pembinaan Surau. Ni saya nak cerita sikit sejarah Sekolah ni....

   Nama Sekolah tersebut ialah Sek Keb Telok Gadong, iaitu adalah di antara sekolah yang tertua di Malaysia. Ia telah dibuka pada tahun 1897. Kini sekolah ini telah pun berusia 115 tahun. Sekolah ini ditubuhkan di sebuah bangunan hospital lama yang terletak di persimpangan Jalan Sungai Bertih dan Jalan Pelabuhan Klang.

    Pada masa pembukaan, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Melayu Telok Gadong. Nama ini diambil sempena nama tempat tersebut. Sekolah Melayu Telok Gadong tidak kekal di tapak bangunan hospital tersebut. Ia telah dipindahkan ke lokasi baru iaitu bangunan sekolah yang ada sekarang ini iaitu di Jalan Yadi pada 5 Disember 1964. Bangunan sekolah lama ini telah dirobohkan dan dibina jalan raya serta rumah. Pada tahun 1987, sekolah ini telah dijadikan dua buah sekolah dengan dua pentadbiran yang berasingan iaitu Sekolah Kebangsaan Telok Gadong dan Sekolah Kebangsaan Telok Gadong 2. 

     Pada tahun 1990  Sekolah Kebangsaan Telok Gadong 2 dipindahkan ke sekolah baru yang dibina bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Telok Gadong dan diberi nama Sekolah Kebangsaan Sungai Udang.

    Kini Sekolah Kebangsaan Telok Gadong menampung lebih dari 1500 murid, dibahagikan kepada sesi pagi dan petang. Memandangkan blok surau tiada dibina, maka pihak sekolah mencadangkan agar blok surau dibina untuk kemudahan warga Sekolah Kebangsaan Telok Gadong. 

BESARLAH HARAPAN PIHAK SEKOLAH JIKA SAUDARA DAN SAUDARI SUDI MENDERMA DAN MEMBERI  SEDIKIT SUMBANGAN BAGI MEREALISASIKAN HASRAT TERTUBUHNYA SEBUAH SURAU INI TERCAPAI KELAK...
     

 

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Dalam lidah ada kata, dalam kata ada bahasa,dalam bahasa ada makna,dalam makna ada rasa,dalam rasa ada bahagia juga derita.