Saturday 20 August 2011

NI LA ANTARA ISTIMEWANYA BULAN RAMADHAN

  • Kompom2 la puasa 30 hari kan? Sebab nak harapkan bulan lain puasa rajin macamni.. aku rasa tak dapek laaa!! Itu pon ada gak yang puasa setengah hari.. alasan menyusukan anak walhal lelaki !!
  • Time ni la orang ramai2 tengok kedatangan anak bulan..ye la nak tau bila puasa kan? Orang tengok pakai teropong khas, dia tengok pakai teropong biasa. Buat2 macam nampak jugak la.. Dia gebang pon orang bukan tau. Hehe
  • Malam sehari sebelum puasa, anak beranak, adik beradik, menantu biras, ipar duai semua pakat berkumpul depan tv dengar pengumuman puasa walaupun dorang tau keesokan harinya kompom2 puasa. Siap jerit gembira lagi tu..konon2nya gembira la. Puasa belum tentu lagi tu
  • Balik2 muka pakcik yang sama buat pengumuman puasa. Sekali sekala tukar la orang lain..sian pakcik tu nak pegi semayang terawih. Siap berbaju melayu bersampin bagai. Hehe
  • Sebelum azan maghrib kat tv, ada iklan2 berbuka puasa dulu. Kira bagi orang yang berpuasa get ready depan meja makan la.
  • Semua anak beranak pakat bukak tv nak dengar azan maghrib sedangkan sebelum ni maghrib pun tak tau masuk pukul berapa.
  • Solat terawih berjemaah. Perghh bab solat terawih yang sunat ni.. semangat dia lain macam. Sanggup putus kawan bila dapat tau kawan dia tak terawih berjemaah.. sedangkan solat fardhu dia sendiri lubang2
  • Lepas solat terawih..ada makan2 yang dipanggil moreh. Haa jamuan moreh disediakan mengikut jadual. Ada gak yang menyumbangkan makanan sendiri ataupun pakat sumbang ramai2.
  • Bazar Ramadhan pun timbul time puasa je. Aku belum lagi dengar nama bazar Syaaban atau bazar Zulkaedah. Dah tu pulak macam2 jenis kuih kita boleh jumpa, yang tak pernah kita jumpa kat pasar malam biasa.
  • Orang berjujuk beratur panjang ke masjid2, surau2 ataupun berjumpa terus dengan amil bertugas untuk bayar zakat fitrah. Alhamdulillah aku dah bayar. Korang sudah ke?
  • Di corong2 radio diputarkan lagu2 raya, kebanyakannya dimainkan selepas pertengahan bulan Ramadhan. Aku belum dengar lagi DJ2 radio memainkan lagu hari jadi atau lagu2 patriotik sempena bulan ni.
  • Seawal bulan puasa, orang sibuk nak cari baju melayu atau baju kurung. Bulan2 lain takde pulak orang cari. Dah tu tak cukup sepasang..harus ada 2-3 pasang buat stok. Baju tu nak pakai pegi sembahyang sunat Aidilfitri je pun.. itu pun kalau pergi. Yang tukang jahitnya..bulan pose la untuk dorang buat duit.. banyak terima tempahan baju raya.
  • Makcik Temah ngan Kak Peah sibuk keluar shopping cari bahan2 nak buat kuih raya. Tak cukup ngan tu, perabot, langsir, perhiasan kat rumah semua nak kena tukar baru. Katanya baru datang mood raya. Dorang tak tau terkemut2 suami dorang keluarkan duit dari mesin ATM
  • Pekerja swasta dan kerajaan pakat2 berkumpul tengok berita tiap malam.. kot2 la ada dengar pengumuman pemberian bonus sempena raya yang bakal tiba. Ringan sikit beban kan?
  • Bila start bulan Ramadhan, ha mula la timbul isu nak balik beraya kampung siapa. Uishh bertegang urat siang malam janji boleh balik kampung sendiri.
  • Tiap kali pegi bank atau membeli belah..akhir hujung transaksi ada tak korang tanya 'Err dik. Ada sampul duit raya free tak?' Ngeh3
  • Masing2 sibuk nak pasang lampu lip lap. Tak cukup ngan tu..berderet pelita keliling umah. Tu kalau semak samun tinggi pinggang, leh terbakar sama tu..ngan rumah2 korang sekali terbakar.
  • Kat dada2 akhbar ada je kes yang melibatkan kecederaan akibat mercun buatan. Bulan2 lain dorang takde pulak nak main mercun? Nape nak main mercun ea?
  • Time cenggini la student2 di perantauan buat ucapan dalam akhbar, tak dapat balik beraya la, ai seronot je aku nengok .Aku pon nak buat gak la..

Wednesday 10 August 2011

RUSUHAN DI KOTA LONDON 2011

Rusuhan yang berlaku baru-baru ini di London telah mengakibatkan kerosakan serta kemusnahan yang teruk di bandar sekitar London terutamanya di Tottenham. Rusuhan paling buruk dalam sejarah London ini menjadi bertambah teruk dan dikatakan mula merebak ke bandar lain selepas salah seorang perusuh mati ditembak polis pada Sabtu, 6 Ogos 2011 yang lalu.

rusuhan_london (13)


Punca/Sebab Rusuhan Diadakan
Mereka membantah apabila pemuda bernama 29 tahun ,Mark Duggan mati ditembak polis ketika polis berusaha menangkap pengerdar kokain dan ahli ‘Star Gang‘ sedangkan pada ketika itu beliau tidak bersenjata.
Tembakan juga berlaku di jambatan Ferry Lane bersebelah stesen Tottenham Hale. Sebelum ini banyak kejadian polis melakukan tembakan rambang, tanpa bukti mencukupi.
IPCC memberi alasan bahawa penangkapan yang dirancang itu adalah sebahagian daripada Operasi Trident, sebuah unit yang menyiasat jenayah senjata api di kalangan masyarakat kulit hitam di London. Operasi Trident bertujuan memberantas perdagangan haram dadah .
Siasatan awal menemui peluru ditemui tertanam dalam radio polis yang membayangkan Duggan melepaskan tembakan terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, ujian balistik mendapati peluru itu konsisten serta merupaka peluru yang digunakan oleh polis itu sendiri..
Pada 6 Ogos bantahan secara aman diadakan bermula di Ladang Broadwater dan tamat di Balai Polis Tottenham. Bantahan itu dianjurkan oleh rakan-rakan dan saudara-mara Duggan untuk menuntut keadilan untuk keluarga. Sekitar 200 orang mengambil bahagian dalam protes tersebut. Namun, bantahan secara aman bertukar ganas setelah salah seorang perusuh mati ditembak polis.
Selain itu, kadar kecurian di sekitar bandar London turut meningkat akibat daripada rusuhan ini. Polis London mengumumkan akan memulakan Operasi Withern , bagi menyiasat peristiwa yang membawa kepada rusuhan.Seramai 35 pegawai cedera. Lebih daripada 100 orang telah ditahan. 16 orang telah didakwa kerana kesalahan pecah rumah, gangguan ganas dan memiliki senjata tajam.

Gambar-gambar Rusuhan London 2011

rusuhan_london (23)
rusuhan_london (8)
rusuhan_london (7)
rusuhan_london (4)
rusuhan_london (3)
rusuhan_london (24)
rusuhan_london (22)
rusuhan_london (21)
rusuhan_london (20)
rusuhan_london (19)
rusuhan_london (18)
rusuhan_london (17)
rusuhan_london (16)
rusuhan_london (14)
rusuhan_london (12)
rusuhan_london (11)
rusuhan_london (10)
rusuhan_london (32)
rusuhan_london (31)
rusuhan_london (30)
rusuhan_london (29)
rusuhan_london (28)
rusuhan_london (27)
rusuhan_london (26)
rusuhan_london (25)
rusuhan_london (1)
RIOTS TOXTETH LIVERPOOL
rusuhan_london (9)
rusuhan_london (6)
rusuhan_london (5)
rusuhan_london (2)
Sumber: WikiMalaysia, DailyMail.Co.Uk

KOmen : Alhamdulillah kita beruntung kerana negara MALAYSIA kita yang tercinta ni selamat, masih aman damai, masih rakyatnya bersatu padu. Semoga Allah memberkati bumi MALAYSIA.   *bila bab2 merusuh ni jadi seram sejuk plak aku....

KISAH MURTAD

Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.   Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah.

Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita.Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.   Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu. Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.
1. Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.   Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah YasinDalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah.   Surah Sajadah pun dia hafal .

Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk dilembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya.Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, "Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhariboleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.

Butir asal permohonan......   Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah. Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh NurAisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam."   Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".   Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya.

Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil,undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmihendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

Contoh kes Hartina Haji Kamarudin. Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi .Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk. Menggelupur dia depan kedai tu.   Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian.

Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri.

Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu. Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang Negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak lelaki,nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.   Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.   Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ni, budak tu kembali jadi Hindu.

Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.   Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas.Terpaksa buat perisytiharan. "Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam."

Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun.   2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata " Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini." Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak.

Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari,pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata, "Allah hu Ahad". Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata "Allah hu Ahad". Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu.   Apalah dosa a nak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.   Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita.

Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri. Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?" "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik." Sahabat bertanya lagi."Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".   Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah. Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar.

Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew" (tak Silap saya).   Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium ShahAlam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London. Dia berkata: "Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperangdengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam."

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492 . kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao. Lepas tu kerajaan Islam Acheh... semuanya satu demi satu.   Macamana benda ni boleh terjadi? Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih? Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah "garam dan ragi". Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam.Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi.

Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu. Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi".

Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.   Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal,menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti, dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. "Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian.

Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat.

Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.   Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, petikan ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.   kawan-kawan yang dikasihi, tolong kongsikan maklumat ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.   Di harap rahmat Allah dan doa-doa para wali Allah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah. (SEBARKAN)

SELAMAT BERPUASA !!!!

Tuesday 5 July 2011

KALAU NAIK KERETA TU INGAT YE!!!!!

5 perkara yang jangan dilakukan bila menaiki kenderaan sendiri atau kenderaan orang lain.

1. Pijak seat kereta.
Jangan sesekali pijak seat kereta terutama kereta orang lain sebab kalau kereta sendiri confirm tak buat macam tu punya kan. Bayangkan dia jaga seat tu tak nak bagi kotor yela tempat duduk mesti nak bersih tambah-tambah fabrik sebab susah nak cuci tiba-tiba ada pulak yang pakai kasut dengan selamba meletak kaki atas seat. Kalau kasut tu bersih suci tak kotor seperti yang kita semua sedia maklum takpe juga. Tuan punya kereta mungkin senyum buat tak nampak je sebab nanti kalau tegur kecik hati pulak so elakkan ye.

2. Letak kaki merata-rata.
Dengan suka-sukinya meletak kaki atas dashboard. Penumpang belakang pulak letak kaki atas arm rest. Kalau tak pakai kasut ok lagi, ni dengan kasut-kasut sekali. Letak jela kaki kat bawah tak boleh ke?

3. Buang sampah dalam kereta.
Perhatian ye kereta bukanlah tong sampah selagi tiada sticker di pintu atau sebagai dengannya bertulis "Ini Tong Sampah Bergerak". Kemana sampah-sampah tu tuan-tuan dan puan-puan? Ke sungeiii!!

4. Merokok dalam kereta.
Kalau merokok dalam kereta benda yang paling bahaya ialah api rokok. Kalau api rokok terjatuh dalam kereta habis berlubang seat macam mana? Ada ke yang nak ganti seat baru? Kalau nasib tak baik boleh jadi bbq. Jadi berhati-hati atau jangan merokok langsung dalam kereta.

5. Makan dan minum dalam kereta.
Jangan makan dan minum dalam kereta nanti lama kelamaan entah dari mana muncul la lipas, biawak, unta, tikus yang akan menjadi penghuni kereta.








SEBELUM NAK BELI BLACKBERRY MARI BACA NI!!!!



Memandangkan Blackberry tengah hot seperti ayam uncle bob jadi banyaklah penipuan dilakukan untuk mendapat keuntungan. Aku sebagai pengguna BB rasa bertanggungjawab untuk kongsi tips bersama anda semua supaya tidak ditipu. Kurang pengetahuan tentang Blackberry bagi mereka yang baru pertama kali nak beli Blackberry adalah golongan yang paling banyak ditipu oleh cina-cina sungai wang dan low yat.

1. Jangan sesekali beli Blackberry AP set.
Penjual-penjual Blackberry ni dengan mulut manis selalunya akan cadangkan kita membeli Blackberry AP set sebab mereka untung besar. Mereka akan yakinkan kita dengan membandingkan antara AP set dan Brightstar tiada beza kecuali warranty sahaja lain sambil cuba meyakinkan lagi dengan mengatakan Blackberry AP set ini adalah Blackberry baru dan harga AP set lebih murah dari Blackberry Brightstar dalam RM50-200. PERHATIAN kepada anda semua jangan sesekali terpedaya dengan cakap-cakap penjual, Blackberry AP set terlalu banyak bezanya dengan Blackberry Brightstar. Untuk pengetahuan anda semua Blackberry AP set adalah Blackberry terpakai yang dibeli dari luar negara atau dalam negara (dah macam harta Ismed Ulam Raja) dan digantikan dengan cover baru sebelum dijual semula dengan kotak, nombor siri yang sama ditampal pada kotak dan lengkap segala aksesori pada harga baru. Mungkin anda akan rasa untung kerana dapat berjimat dalam RM50-200 jika membeli AP set tapi sebenarnya anda dah rugi beribu ringgit.

2. Blackberry AP set menggunakan barangan tiruan.
Jika anda membeli Blackberry AP set segalanya adalah barangan tiruan seperti cover tiruan, qwerty keyboard tiruan, trackpad tiruan, charger tiruan, bateri tiruan, earphone tiruan dan telefon pula sudah digunakan mungkin ada beberapa kerosakan sama ada sudah dibaiki dengan komponen tiruan atau tidak dibaiki langsung. Segala barang-barang ini cepat rosak dan tak sama kualiti seperti yang original. Jika dikira setiap barangan tiruan ini anda hendak gantikan dengan membeli barangan original secara berasingan sudah pasti boleh mencecah ribuan ringgit. Puaskah hati anda jika ditipu membeli telefon terpakai yang menggunakan barang-barang tiruan dengan harga baru?
Perbezaan wayar dan print pada charger tiruan AP set (kiri) dan original Brightstar (kanan)


3. Brightstar Pilihan Yang Tepat
Brighstar adalah pengedar sah Blackberry di Malaysia. Segala aksesori adalah original dan telefon belum digunakan lagi bermakna anda adalah pemilik yang pertama. Walaupun harga mahal sedikit tetapi terjamin 100% baru dan original. Selain itu anda boleh membeli BlackBerry daripada Celcom atau Digi.

4. Jangan Bayar Dahulu
Semasa hendak membeli penjual selalunya meminta bayaran dahulu sebelum mereka mengambil telefon di tempat lain jadi aku nasihatkan selagi telefon tiada depan mata jangan bayar walaupun sesen kerana anda tidak dapat nak periksa untuk pastikan apakah keadaan telefon itu. Sudah bayar jangan harap nak dapat duit balik, yang anda akan dapat cuma alasan bodoh dari mereka saja. Ingat COD ok.

5. Periksa Buyer's Remorse Untuk Pastikan Itu Blackberry Baru Yang Belum Di Gunakan Lagi
Cara-cara untuk periksa bagi OS5 pergi ke Option > Status
Cara untuk periksa bagi OS6 pergi ke Option > Device> Device & Status Information.
Dekat sini memang tak ada tunjuk data usage dan voice usage jadi sila taip BUYR dan segalanya akan terpamir. Tekan satu-satu B U Y R tak perlu tekan serentak huruf-huruf tu.
Paparan untuk OS5 telefon masih belum digunakan lagi data usage dan voice usage masih kosong

Data Usage dan Voice Usage yang sudah digunakan bermakna itu bukan telefon baru

Paparan untuk OS6 

Ok itu saja tips-tips yang paling penting sekali untuk anda semua. Sebenarnya banyak lagi perbezaan yang boleh aku tunjuk antara AP dan Brightstar tapi aku tak larat nak buat tu semua. Ingat pesan aku kalau nak selamat jangan la beli AP set. Aku sekadar berkongsi apa yang aku tahu untuk sama-sama tidak ditipu. Nak beli barang ribu-ribu kenalah hati-hati, duit bukan senang nak cari. Jika anda baru membeli dan berasa tertipu anda bolehlah membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menuntut ganti rugi jika boleh.

p/s: Tak semua penjual penipu ye....haha..Bijak membeli menang memakai. Tgk kocek sendiri je la, kalo mampu beli!!!!

Tuesday 21 June 2011

SOS TaBASCO Adalah haram...


JAKIM mengesahkan produk HP sauce dan Tabasco pepper sauce mengandungi DNA “BABI HIDUNG TERDONGAK” atau nama saintifiknya babi NAJIS mughalazah. dengan itu, secara tidak langsung produk ini disahkan haram!

Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Sazali Harun, meminta pemegang dan pemohon sijil Halal yang menggunakan produk tersebut untuk melakukan proses samak dan mengemukan bukti kepada JAKIM.

Pihak terbabit juga diminta menggantikan penggunaan produk berkenaan dengan produk lain yang mempunyai perakuan sijil Halal.




SpOil betulla...cuba bayangkan dah berapa ramai orang Islam makan Pizza guna SOS pencicah ni... memang MANGKUK hayon... main2kan orang Islam nampaknya puak KAFIRUN ni...jadi pada sesiapa yang dah TERTELAN@MENCEKIK sos ni tawakkal ajalah...nak buat macam mana dah terjadi~~~~ ANEH!!!!

Sunday 19 June 2011

LAYANZZZZZZZ

MATI ITU PASTI

TANDA 100 HARI
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


TANDA 40 HARI


Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sumbangan: Hamba Allah dan dipetik dari buku – 100 Hari Menjelang Mati

About Me

My photo
Dalam lidah ada kata, dalam kata ada bahasa,dalam bahasa ada makna,dalam makna ada rasa,dalam rasa ada bahagia juga derita.