Wednesday 10 August 2011

RUSUHAN DI KOTA LONDON 2011

Rusuhan yang berlaku baru-baru ini di London telah mengakibatkan kerosakan serta kemusnahan yang teruk di bandar sekitar London terutamanya di Tottenham. Rusuhan paling buruk dalam sejarah London ini menjadi bertambah teruk dan dikatakan mula merebak ke bandar lain selepas salah seorang perusuh mati ditembak polis pada Sabtu, 6 Ogos 2011 yang lalu.

rusuhan_london (13)


Punca/Sebab Rusuhan Diadakan
Mereka membantah apabila pemuda bernama 29 tahun ,Mark Duggan mati ditembak polis ketika polis berusaha menangkap pengerdar kokain dan ahli ‘Star Gang‘ sedangkan pada ketika itu beliau tidak bersenjata.
Tembakan juga berlaku di jambatan Ferry Lane bersebelah stesen Tottenham Hale. Sebelum ini banyak kejadian polis melakukan tembakan rambang, tanpa bukti mencukupi.
IPCC memberi alasan bahawa penangkapan yang dirancang itu adalah sebahagian daripada Operasi Trident, sebuah unit yang menyiasat jenayah senjata api di kalangan masyarakat kulit hitam di London. Operasi Trident bertujuan memberantas perdagangan haram dadah .
Siasatan awal menemui peluru ditemui tertanam dalam radio polis yang membayangkan Duggan melepaskan tembakan terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, ujian balistik mendapati peluru itu konsisten serta merupaka peluru yang digunakan oleh polis itu sendiri..
Pada 6 Ogos bantahan secara aman diadakan bermula di Ladang Broadwater dan tamat di Balai Polis Tottenham. Bantahan itu dianjurkan oleh rakan-rakan dan saudara-mara Duggan untuk menuntut keadilan untuk keluarga. Sekitar 200 orang mengambil bahagian dalam protes tersebut. Namun, bantahan secara aman bertukar ganas setelah salah seorang perusuh mati ditembak polis.
Selain itu, kadar kecurian di sekitar bandar London turut meningkat akibat daripada rusuhan ini. Polis London mengumumkan akan memulakan Operasi Withern , bagi menyiasat peristiwa yang membawa kepada rusuhan.Seramai 35 pegawai cedera. Lebih daripada 100 orang telah ditahan. 16 orang telah didakwa kerana kesalahan pecah rumah, gangguan ganas dan memiliki senjata tajam.

Gambar-gambar Rusuhan London 2011

rusuhan_london (23)
rusuhan_london (8)
rusuhan_london (7)
rusuhan_london (4)
rusuhan_london (3)
rusuhan_london (24)
rusuhan_london (22)
rusuhan_london (21)
rusuhan_london (20)
rusuhan_london (19)
rusuhan_london (18)
rusuhan_london (17)
rusuhan_london (16)
rusuhan_london (14)
rusuhan_london (12)
rusuhan_london (11)
rusuhan_london (10)
rusuhan_london (32)
rusuhan_london (31)
rusuhan_london (30)
rusuhan_london (29)
rusuhan_london (28)
rusuhan_london (27)
rusuhan_london (26)
rusuhan_london (25)
rusuhan_london (1)
RIOTS TOXTETH LIVERPOOL
rusuhan_london (9)
rusuhan_london (6)
rusuhan_london (5)
rusuhan_london (2)
Sumber: WikiMalaysia, DailyMail.Co.Uk

KOmen : Alhamdulillah kita beruntung kerana negara MALAYSIA kita yang tercinta ni selamat, masih aman damai, masih rakyatnya bersatu padu. Semoga Allah memberkati bumi MALAYSIA.   *bila bab2 merusuh ni jadi seram sejuk plak aku....

2 comments:

  1. Maaf...menganggu blog awak...sebab ada ruangan comment ni saya nak cakap jugalah...
    Mungkin punca Mark mati adalah faktor yang menyumbang kepada 'London Riot'itu belaku... Tapi jika dilihat dan dikaji dari sudut socio -ekonomi di London, terdapat jurang pendapatan yang ketara diantara golongan kaya dengan kaum miskin. Cuba buka link ni kalau awak minat mengikuti kisah London Riot...http://www.guardian.co.uk/
    Apa2 pun tahniah dengan blog awak...

    ReplyDelete
  2. ok, terima kasih atas pandangan!...

    ReplyDelete

About Me

My photo
Dalam lidah ada kata, dalam kata ada bahasa,dalam bahasa ada makna,dalam makna ada rasa,dalam rasa ada bahagia juga derita.